
PETALING JAYA: Kontrak Putrajaya dengan Spanco Sdn Bhd, syarikat mengendalikan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan masih berjalan, kata Kementerian Kewangan (MoF).
“Kerajaan sentiasa memastikan kontrak perolehan Spanco bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan dilaksanakan mengikut keperluan, mematuhi tatacara perolehan dan melaksanakan semua ‘due diligence’ sepatutnya.
“Buat masa ini, kontrak masih berjalan berdasarkan ketetapan yang dimeterai antara kerajaan dengan Spanco,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 12 Mac terhadap soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kontrak dengan Spanco merugikan negara dan jika perlu, ia ditamatkan.
Spanco dilaporkan memegang konsesi untuk membekal dan menguruskan “fleet” kenderaan kerajaan dari 1993 dan berakhir 2019.
Tender terbuka dilancarkan tahun itu sebagai…