Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kontraktor didakwa bunuh bekas pelumba negara

today23 September 2024

Background


mahkamah kangar
Ibrahim Johan, 51, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias di Kangar. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias di Kangar, 10 Sept lalu.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51, hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor dan tiada pengakuan dibuat memandangkan kes itu di bawah kuasa Mahkamah Tinggi, menurut Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, pada 10 Sept lalu sekitar 10.30 malam hingga 12.01 tengah malam pada 11 September lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di simpang tiga, Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post