Site icon Hot FM

Kontraktor lewat siap projek berdepan saman RM100,000 sehari


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang meninjau lokasi projek pembetungan di Jalan Teluk Sisek, Kuantan, hari ini. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Tindakan saman RM100,000 sehari akan dikenakan terhadap pihak kontraktor projek pemasangan paip pembetungan sekitar bandar raya Kuantan jika pembinaan yang keseluruhannya melibatkan 70km gagal disiapkan selepas 30 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang, berkata projek bermula pada 2018 itu beberapa kali diberikan lanjutan tempoh.

“Kerajaan negeri memberikan hingga 30 April ini untuk mereka (kontraktor) menyiapkan projek itu dan mereka juga perlu memastikan kerja berkaitan projek pembetungan termasuk jalan berlubang dan mendap dibaik pulih dengan baik bagi mengelak berlaku kemalangan.

“Kita mahu mereka menyiapkan kerja menurap dengan segera dan menyediakan pengawal lalu lintas di jalan terlibat bagi menjamin keselamatan pengguna,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version