Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan dengan Jabatan Tenaga Kerja Sabah semalam.

PETALING JAYA: Kontraktor pembinaan sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah bersetuju membayar tunggakan gaji kira-kira 600 pekerjanya berjumlah RM3.8 juta hari ini dan esok.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, berkata persetujuan itu dicapai selepas perbincangan dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah semalam.
Katanya, arahan itu dikeluarkan selepas pergaduhan antara pekerja dan majikan dari Korea itu kelmarin akibat kelewatan membayar gaji bulan lalu.
“Sepatutnya, mengikut perjanjian, gaji perlu dibayar pada minggu pertama setiap bulan. Maknanya berlaku kelewatan gaji bulan Mac. Jadi, berlaku pergaduhan akibat ketidakpuasan hati pekerja hingga memukul majikan berbangsa Korea.
“Berikutan itu,…