Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kontroversi Anak Kena Buli Siber, Sharifah Sakinah Enggan Panjangkan Isu

today21 June 2023

Background

Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah, Anais Adha menjadi mangsa kritikan netizen gara-gara terkencing di atas sofa ketika sedang tidur di rumah usahawan Noor Nabila.

Sakinah pernah tampil bersuara dengan memberi amaran terakhir kepada netizen untuk tidak bercakap buruk tentang anaknya, namun masih ramai yang mengutuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesal Lihat Anak Dibuli, Sharifah Sakinah Beri Amaran Terakhir Buat Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kritik Anak Sakinah Terkencing Atas Sofa Nabila, Sharifah Shahirah Tampil Perjelas Situasi

Terkini, Sakinah tampil memberi respons mengenai isu anaknya dibuli di media sosial dengan memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

Sakinah juga memberitahu tujuannya memberi amaran terakhir itu dengan menggunakan tindakan undang-undang mengenai ‘cyberbully’ sebagai peringatan kepada orang ramai untuk tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

Malah, dia enggan mengambil isu ini sebagai satu perkata yang negatif dan menyerahkan segalanya kepada pihak atasan.

“Amarah terakhir itu adalah tindakan undang-undang. Saya serahkan segalanya pada peguam saya dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tidak akan masukkan mereka di dalam penjara pun sebab bila kita jumpa mereka semua ni, mereka sendiri yang akan minta maaf sebab takut.

“Mungkin mereka ada masalah, bukan mungkin. Memang mereka semua ada masalah. Bagi saya, jika berbuat begitu, mereka yang bermasalah bukan saya. Kalau saya layan lagi, saya marah lagi, saya yang akan menjadi masalah,” katanya.

Sakinah ditemui di majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Neraka yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

Jelas Sakinah, dia hanya memerlukan ketenangan untuk dirinya bekerja sebagai seorang pelakon dan jika ada sebarang komen negatif, dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.

“Apa yang penting sekali untuk saya bekerja adalah ketenangan. Sudah semestinya banyak cabaran tapi keutamaan saya adalah ketenangan.

“Jadi, kalau orang hentam saya atau apa sekali pun, saya tidak akan balas balik sebab kalau saya balas komen mereka, itu akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya lagi.

Written by: Aqilah


Previous post