Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kontroversi Gelar Suami Dayus, Sharnaaz Ahmad Bengang Statement Diputar Belit – “Sat Lagi Hang Makan Penendang Aku!”

today15 November 2022

Background

Pelakon Sharnaaz Ahmad berang selepas kenyataannya berhubung isu seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustazah Afifah  yang melabel suami adalah dayus gara-gara membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika melahirkan anak telah diputar belit.

Menerusi ciapan di Twitter peribadinya, Sharnaaz memberikan amaran terhadap portal berita berkenaan agar tidak memutarbelitkan kenyataanya mengenai isu ‘panas’ tersebut.

 

Dalam pada itu, pelakon filem Juvana ini juga turut memberi komen balas terhadap seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @akucumamelayu yang memintanya untuk tidak berlagak samseng dan sentiasa menjaga percakapan.

 

Terdahulu, Sharnaaz  ada meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kenyataan yang diberikan oleh Ustazah terbabit berhubung isu bersalaman dengan artis akan membuatkan roh dan jiwa rosak menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

Bagaimanapun, dia mengambil inisiatif untuk bersabar dan tidak memberikan kenyataan lanjut terhadap pendakwah terbabit.

Written by: Salma