Zulkarnain Zakaria menghadiahkan dua sepakan penalti ketika Sabah menang 5-2 ke atas Pulau Pinang pada aksi berlangsung 17 Mac lalu.

PETALING JAYA: Pengadil yang didakwa mencetuskan kontroversi kerana menghadiahkan dua sepakan penalti kepada Sabah dalam aksi Liga Super, digantung serta-merta.
Zulkarnain Zakaria menghadiahkan dua sepakan penalti ketika Sabah menang 5-2 ke atas Pulau Pinang pada aksi berlangsung di Likas, Kota Kinabalu Jumaat lalu.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, berkata Jawatankuasa Pengadil FAM memutuskan untuk menggantung Zulkarnain daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.
“Jawatankuasa sebulat suara mendapati Zulkarnain terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah FC pada minit 41 dan minit 90+9,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya lagi, jawatankuasa…