Hot FM

Kontroversi iklan: Prasarana perketat proses semakan


iklan rapid
Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran mempersoalkan elemen visual iklan di tren Prasarana kerana dianggap menyentuh sensitiviti komuniti tertentu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengambil langkah segera memperketat proses semakan iklan susulan kontroversi melibatkan visual iklan produk penjagaan diri pada salah satu tren Rapid KL di Laluan Ampang/Sri Petaling.

Syarikat pengendali pengangkutan awam itu menegaskan visual yang digunakan di gerabaknya bukan bertujuan menyentuh sensitiviti mana-mana individu atau komuniti.

“Visual iklan itu yang mempromosikan produk penjagaan diri bertujuan menggambarkan pelbagai situasi harian rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang menggunakan pengangkutan awam.

“Ia tidak menyasarkan mana-mana pihak,” menurut Prasarana dalam satu kenyataan.

Prasarana berkata visual terbabit telah melalui proses semakan dalaman dan luaran, termasuk penilaian dari aspek sensitiviti kaum, agama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version