
Kontroversi khalwat membabitkan Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka tidak banyak menjejaskan sokongannya dalam kalangan penyokong Bersama, yang cenderung memisahkan kehidupan peribadi seseorang ahli politik daripada rekod politiknya, kata penganalisis.
Namun, mereka berkata isu itu mungkin menyukarkan parti serpihan PKR berkenaan menarik sokongan pengundi Melayu konservatif ketika Bersama cuba meluaskan asas sokongannya.
James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, kontroversi itu tidak semestinya menamatkan kerjaya politik Nik Nazmi kerana penyokong parti berbilang kaum lazimnya dapat membezakan antara kehidupan peribadi dan prestasi politik seseorang pemimpin.
“Tidak, ini bukan pengakhiran kerjaya politiknya,” katanya kepada FMT.
Chin berkata, beberapa ahli politik sebelum ini berjaya meneruskan kerjaya selepas berdepan kontroversi…