
PETALING JAYA: Sebagai seorang ibu, semestinya timbul rasa sebak dalam hati Avlyania Moidi, 28, kerana tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anaknya yang berusia dua tahun, namun beliau sanggup berkorban demi membantu mangsa gempa bumi di Myanmar.
Ketika ditemui di Pangkalan Tentera Udara Subang hari ini, anak kelahiran Tuaran itu berkata, misi ini merupakan yang pertama baginya selepas empat tahun berkhidmat dalam Pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Pertolongan Bencana (HADR).
“Untuk seseorang bergelar ibu, pasti akan rasa berat hati tinggal keluarga, namun perlu ‘hadam’ benda itu kerana tanggungjawab (mesti) digalas,” katanya kepada FMT.
Sebagai satu-satunya wanita dalam pasukan HADR yang berlepas ke Myanmar hari ini, Avlyania yakin latihan serta pengalamannya sepanjang lima tahun sebagai anggota bomba…