
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah memulakan perbincangan berhubung kemungkinan Malaysia kembali menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1).
Beliau berkata, ruang perbincangan mengenai penganjuran sukan permotoran berprestij itu telah pun dibuka dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama dengan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali.
Namun, Anwar berkata perkara itu masih di peringkat awal.
“Itu kita bincang dengan Presiden F1, Stefano… tapi (masih) terlalu awal… Dia telah buka untuk berbincang dan kita kena bincang,” katanya menurut Bernama selepas perlumbaan Grand Prix Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang.
Beliau berkata demikian mengulas sama ada Malaysia akan kembali menjadi penganjur F1.
Mengulas lanjut, perdana menteri berkata sebarang…