Site icon Hot FM

Kos bilik darjah RM2.6 juta, dakwaan Yeo tak tepat, kata Fadhlina


Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin mendakwa purata kos membina sebuah bilik darjah antara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta.

Fadhlina Sidek memberitahu Yeo Bee Yin bahawa pembinaan bilik darjah sekolah mengikut peraturan standard ditetapkan kerajaan.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung pembinaan sebuah bilik darjah sekolah menelan belanja sehingga RM2.6 juta.

Katanya, dakwaan wakil rakyat DAP itu tidak tepat dan kementeriannya mempunyai proses kerja untuk pembinaan bilik darjah mengikut peraturan standard ditetapkan kerajaan.

“Ada proses kerja yang perlu dilalui. Perlu ada skop kerja, konsultan dan piawaian kerja yang perlu dicapai oleh Kementerian Pendidikan dalam meneruskan projek tersebut,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Minggu lalu, Yeo memberitahu Dewan Rakyat bahawa purata kos membina sebuah bilik darjah antara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta, yang bersamaan harga sebuah kondominium…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version