Hot FM

Kos pajak helikopter lebih RM16 bilion liputi pakej 15 tahun, kata Khaled


AgustaWestland AW139
Khaled Nordin berkata langkah memajak 28 helikopter AugustaWestland 139 turut beri manfaat kepada pemindahan kemahiran dan latihan. (Gambar Wikipedia)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Khaled Nordin menegaskan kos pajakan 28 helikopter Augusta Westland 139 yang bernilai RM16.6 bilion dibuat kerajaan merangkumi pakej menyeluruh selama 15 tahun.

Beliau berkata kerajaan tidak perlu membayar kos-kos lain yang lebih menekan perbelanjaan yang tinggi jika membuat pilihan pembelian.

“Larut (Hamzah Zainudin dari PN) membuat perbandingan kos dikeluarkan Poland dalam pembelian 32 unit helikopter jenis AW 149 dengan harga kira-kira RM8.5 bilion yang dibeli pada 2022 berbanding harga pajakan 28 unit helikopter bernilai RM16.6 bilion oleh kerajaan.

“Jika kita menggunakan hujah Larut (Hamzah) dan mengambil harga dibayar Poland sebagai rujukan dan asas membeli secara terus 28 helikopter yang diperlukan oleh pelbagai agensi ini, kita akan perlu membayar kira-kira RM7.5 bilion,” katanya di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version