

Kos siling RM600,000 bagi menangani isu struktur binaan tanpa kebenaran yang didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat, bukan hanya melibatkan kerja perobohan.
Pegawai Daerah Hulu Langat Mohd Jusni Hashim berkata kos itu turut merangkumi kerja membersihkan kawasan serta membaik pulih tebing sungai yang terjejas akibat pembinaan berkenaan.
Menurutnya, isu itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Isu Berkaitan Struktur Binaan Tanpa Kebenaran di Kampung Baru Sungai Makau pada 10 Jun lalu.
“Mesyuarat itu telah membincangkan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sehingga kini di bawah bidang kuasa agensi masing-masing serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi maksud perobohan struktur binaan tanpa kebenaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: