

Kos sara hidup adalah antara faktor yang mempengaruhi keputusan golongan muda untuk berkahwin dan mempunyai anak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.
Beliau berkata, golongan muda kini lebih berhati-hati serta membuat perancangan dari segi kemampuan ekonomi sebelum berkahwin dan membina keluarga.
“Terdapat golongan yang memilih untuk tidak mempunyai anak kerana belum bersedia dari segi ekonomi. Mereka tidak boleh disalahkan kalau mereka tidak bersedia,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 Peringkat Negeri Sarawak hari ini.
Beliau berkata, kerajaan melalui program SmartStart membuat persediaan menyeluruh kepada bakal pasangan, termasuk pengurusan ekonomi dan kewangan, selain bantuan kepada pasangan yang berdepan masalah kesuburan menerusi program Rawatan Persenyawaan In-Vitro (IVF) dan rawatan permanian beradas…