
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan memperincikan mengenai kos pembangunan semula Stadium Shah Alam selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium selesai, Feb depan.
Beliau berkata, perincian itu akan dibuat selepas tamat sesi libat urus berkenaan iaitu sama ada hujung bulan ini atau awal Mac nanti.
“Saya ada pakar (dalam menentukan) perkiraannya, kalau kita lihat stadium sahaja, memang sekitar RM700 juta hingga RM800 juta, tetapi kalau lihat keseluruhan, kemungkinan lebih sebab kita akan ada taman, kawasan pelancongan, rekreasi, dan sebagainya serta kita juga akan bina hotel.
“Kalau kita banding stadium dengan stadium, saya yakin ia lebih RM700 juta dan tidak sampai angka RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media bagi…