Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kos selenggara lapangan terbang naik 34%

today30 July 2024

Background


AirAsia plane
Kementerian Pengangkutan mengenal pasti lapan lapangan terbang perlu dinaik taraf termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan lapangan terbang di seluruh negara bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka meningkat 34% tahun ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini, kementerian itu berkata MAHB memperuntukkan sebanyak RM191.1 juta bagi kos penyelenggaraan semua lapangan terbang dan padang terbang di Sarawak pada 2023.

“Peruntukan ini telah dinaikkan kepada RM27.1 juta bagi 2024 iaitu kenaikan 41.9% berbanding kos pada 2023,” katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Pele Peter Tinggom mengenai lapangan terbang di seluruh negara terutama di Sarawak yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post