Hot FM

Kotor: 3 kilang proses makanan di Melaka diarah tutup



Jabatan Kesihatan Melaka mengeluarkan 58 kompaun membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berjumlah RM47,350. (Gambar JKN Melaka)

MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan tiga premis kilang makanan di negeri itu ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, berikutan tidak mematuhi tahap kebersihan ditetapkan dalam operasi bersepadu hari ini.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman, berkata tiga kilang diarah tutup itu memproses tofu, ais krim dan susu tepung, yang beroperasi di kawasan Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub di Serkam dan kawasan perindustrian Jasin.

Beliau berkata, tiga kilang terbabit juga, antara 73 kilang memproses makanan diperiksa jabatan berkenaan sepanjang tahun ini.

“Sehingga hari ini juga, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan 58 kompaun membabitkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 berjumlah RM47,350.

“Selain itu sepuluh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version