Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KP APMM bersara wajib selepas 42 tahun berkhidmat

today18 April 2024

Background


 Hamid Mohd Amin
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Hamid Mohd Amin merakam waktu keluar buat kali terakhir. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Hamid Mohd Amin bersara wajib berkuat kuasa esok selepas 42 tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

APMM dalam kenyataan memaklumkan Hamid yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah APMM keenam pada 6 Nov tahun lepas telah meletakkan teras utama kepada seluruh warga agensi dengan memfokuskan integriti, operasi dan ilmu dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Walaupun Hamid hanya menerajui agensi terbabit dalam tempoh lima bulan, namun beliau telah melakarkan banyak kejayaan untuk pasukan itu termasuk peningkatan operasi khususnya di sempadan perairan negara dan menguruskan pertambahan aset.

“Antaranya perolehan empat helikopter medium lift, sebuah kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS), dua New Generation Patrol Craft (NGPC), dua bot…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post