Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KP JAS mohon bicara rasuah RM100,000

today3 April 2026

Background


Wan Abdul Latiff
Ketua Pengarah JAS Wan Abdul Latiff Wan Jaffar didakwa menerima rasuah di pejabatnya di Putrajaya.
KUALA LUMPUR:

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wan Abdul Latiff Wan Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah RM100,000.

Pengakuan itu direkodkan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, Wan Latiff, 58, dituduh menerima rasuah daripada Pengarah Sunrich Conquest Sdn Bhd, Khor Chong Hai, melalui pengurus projek syarikat tersebut, Lee Ham Kong.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan pada 15 Jan 2025 di pejabat ketua pengarah di Putrajaya.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Wan Latiff atas kapasitinya sebagai penjawat awam untuk mempertimbangkan rayuan pengecualian daripada penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengecualian berkenaan dikaitkan dengan permohonan kebenaran merancang melibatkan cadangan projek jalan berkembar Bukit Kukus dan kerja tanah berkaitan di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Permohonan tersebut dikemukakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post