

Tugas ketua pesuruhjaya Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyebabkan penyandang mempunyai lebih ramai musuh berbanding rakan, pesan Azam Baki yang akan menamatkan khidmat pada 12 Mei ini.
Mengimbau lebih empat dekad berkecimpung dalam pembanterasan rasuah, Azam berkata, kepimpinan dalam agensi penguatkuasaan memerlukan keberanian serta kesediaan membuat keputusan sukar.
“Kalau kita mahu selamat, jangan buat apa-apa, tetapi apabila berada dalam agensi penguatkuasaan, kita perlu berani membuat keputusan walaupun dikritik,” katanya ketika bertemu pengamal media, lapor Bernama.
Azam menyertai Badan Pencegah Rasuah pada 1984, dan menggalas amanah ketua pesuruhjaya SPRM sejak Mac 2020. Beliau memegang jawatan tersebut melebihi usia…