Hot FM

KPDN, Jais siasat kes premis sembelih ayam tak halal di Puchong


Pihak berkuasa menyerbu sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong dan mendapati sembelihan dilakukan selepas ayam mati dan melalui proses renjatan air berarus elektrik melebihi kadar voltan dibenarkan.
KUALA LUMPUR:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menyiasat premis penyembelihan ayam di Puchong yang disyaki tidak mengikut hukum syarak.

Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata bidang kuasa KPDN dalam isu itu tertumpu kepada aspek penandaan halal produk yang dipasarkan di peringkat runcit.

Menurutnya, KPDN akan mengesahkan sama ada penggunaan penandaan halal pada produk berkenaan bersandarkan sumber benar-benar halal dan perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Jadi, kalau ada perihal dagangan yang palsu, kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian ‘Tealive Sparkling Crafted Tea – Prebiotic Soda di sini.

Pada 3 Nov lalu, Jais…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version