
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menangani isu birokrasi dalam proses permohonan syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjalankan aktiviti perniagaan di negara ini.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan fokus kepada usaha menghidupkan suasana perniagaan dalam negara dengan memberi kemudahan berbentuk kelulusan permohonan dan fasiliti kepada komuniti perniagaan.
“Kita pendekkan sebarang isu-isu birokrasi supaya mereka yang datang untuk mendapatkan kelulusan itu selesa dan ini akan menggamit pertumbuhan ekonomi yang lebih baik,” katanya selepas melancarkan bakeri Kafe Paris Baguette di pusat membeli belah Pavilion hari ini.
Menurutnya, pentadbiran kerajaan perpaduan serta kestabilan politik yang…