Hot FM

KPDN sita 59,000 liter diesel di Kuantan


Pahang KPDN director Jezlily Jamaluddin fb pic 4526
 Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Subperaturan 18 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 59,000 liter diesel bernilai RM355,000 yang disimpan tanpa kebenaran di sebuah premis di kawasan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China di Kuantan.

Pengarah KPDN negeri Jezlily Jamaluddin berkata premis itu didapati digunakan sebagai tempat penyimpanan diesel, iaitu barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah pengawal bekalan.

“Antara yang disita lima tangki skid mengandungi anggaran 57,000 liter diesel dan sebuah lori tangki industri berisi kira-kira 2,000 liter bahan api itu,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Subperaturan 18 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen atau permit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version