Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPDNHEP rampas gula tanpa lesen hampir RM100,000

today14 October 2022

Background



Anggota KPDNHEP memeriksa sebahagian daripada 34,560kg gula tanpa lesen yang dirampas di sebuah gudang di Sendayan, Seremban. (Gambar KPDNHEP)

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan menyerbu sebuah gudang di Sendayan Tech Valley, Bandar Sri Sendayan di sini dan merampas 34,560kg gula tanpa lesen dianggarkan bernilai RM98,496.

Pengarah KPDNHEP negeri, Muhammad Zahir Mazlan, berkata dalam serbuan 11 pagi semalam, syarikat tersebut didapati masih belum memperoleh kelulusan bagi permohonan baharu Lesen Borong Barang Kawalan Berjadual.

“Semasa pemeriksaan dijalankan pihak kami menemui sebanyak 34,560kg gula dalam kemasan peket 1kg di premis berkenaan.

“Syarikat terbabit disyaki melakukan kesalahan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu berurusan secara borong atau runcit barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pengawal,” katanya dalam kenyataan.

Zahir berkata, semua gula dan dokumen…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post