
PETALING JAYA: Individu terlibat dalam video tular memijak hiasan kolam Deepavali di Hospital Pakar KPJ Klang baru-baru ini digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.
KPJ Healthcare Berhad dalam kenyataan berkata, pihaknya turut membuat laporan polis mengenai insiden itu dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.
“KPJ Healthcare Berhad memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat India, berkaitan dengan video yang telah tular di salah satu premis kami,” katanya.
KPJ Healthcare turut memaklumkan mereka sama sekali tidak membenarkan tindakan sedemikian dan ia jelas tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan syarikat mereka.
Terdahulu, satu klip video…