TAIPING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengumpul data berkaitan kos daripada semua pemain industri minyak sawit dalam negara, sebelum cadangan semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit dihantar kepada Kementerian Kewangan (MoF).
Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani berkata cadangan itu akan dihantar kepada MoF sebelum pembentangan Belanjawan 2025.
“Kita buat satu purata dan melihat sama ada kos untuk mengeluarkan satu tan minyak sawit telah mencecah RM3,000. Jika harga pasaran CPO (minyak sawit mentah) tidak mencecah RM3,500, takkan kita nak panggil WPL?
“Sekarang kos dah meningkat. Sebelum bajet (cadangan diserahkan kepada MOF),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini.
Khamis lepas,…