Hot FM

KPKM rangka langkah tangani risiko krisis tenaga global


sawah padi
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi kata pandangan pemain industri diambil kira dalam merangka langkah tangani risiko krisis tenaga global.
ALOR GAJAH:

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengemukakan cadangan langkah segera serta jangka sederhana kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Jemaah Menteri bagi menangani risiko berkaitan sektor pertanian susulan krisis tenaga global.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata cadangan itu turut mengambil kira pandangan pemain industri bagi memastikan kesiapsiagaan negara.

“Pengumuman berkaitan perkara ini akan dibuat oleh KPKM,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka di Masjid Tanah.

Dalam pada itu, Zahid menggesa pembangkang agar mengemukakan cadangan konstruktif bagi membantu kerajaan menangani cabaran yang timbul akibat ketidakstabilan geopolitik global.

“Masalah ini adalah masalah bersama… sepatutnya pembangkang memberikan buah fikiran yang bernas.

“Jika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version