Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPKT digesa kaji semula syarat ketat mohon dana rumah ibadat bukan Islam

today28 November 2024

Background


evangelical Christians church
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang meminda garis panduan tidak membenarkan rumah ibadat bukan Islam memohon dana dalam tempoh tiga tahun selepas menerima peruntukan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda MIC Selangor menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengkaji semula pindaan garis panduan tidak membenarkan permohonan dana rumah ibadat bukan Islam (RIBI) dalam tempoh tiga tahun selepas menerima peruntukan.

Ketuanya, Gobirajan Chandran menyifatkan syarat baharu itu tidak munasabah memandangkan permohonan dana oleh pengurusan RIBI berdasarkan keperluan semasa, mengambil kira lokasi, jumlah penganut dan peranannya melalui aktiviti kerohanian.

“KPKT seharusnya mengutamakan pengagihan dana yang adil dan saksama, bukannya menggunakan pendekatan menyekat keperluan mendesak sesetengah RIBI.

“Tindakan ini akan dilihat berat sebelah, apabila RIBI yang sangat memerlukan (dana) dinafikan bantuan, manakala pihak lain menerima peruntukan,” katanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post