
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyenaraihitamkan 109 pemaju hartanah kerana gagal mematuhi peraturan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Nga berkata, tindakan itu dilakukan sebagai sebahagian usaha berterusan pihaknya melindungi kepentingan pembeli rumah.
“Tindakan menyenarai hitam pemaju-pemaju ini memberi mesej yang jelas bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan ketidakpatuhan. Kami mengambil tindakan tegas untuk melindungi wang hasil titik peluh pembeli rumah dan memastikan mereka menerima rumah yang mereka layak.
“Keselamatan pembeli rumah kekal sebagai antara keutamaan kementerian. Pemaju perlu mematuhi peraturan bagi memastikan projek mereka disiapkan mengikut masa dan mematuhi piawaian yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan projek perumahan…