
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama bagi menangani pelbagai masalah termasuk kes buli.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon berkata ia perlu diperhalusi berdasarkan laporan penuh kes buli yang dilaporkan termasuk membabitkan pelajar tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dekat sini baru-baru ini.
“Terima kasih atas pandangan yang diberi tentang kes ini dan kita perlu menunggu laporan daripada pihak berkenaan sebelum apa-apa tindakan.
“Pihak kementerian akan membuat kajian lanjut berhubung pandangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selepas menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia di sini hari…