
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti sekolah di Lembah Klang yang akan dibenar menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak Asean pada bulan depan serta Oktober nanti.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata KPM sudah membincangkan perkara itu.
“Ia tidak menjadi masalah. Kami bersedia. Kami mahu pastikan program Asean berjalan lancar dan mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya selepas menghadiri sebuah majlis di sini.
Beliau mengulas cadangan kerja dari rumah untuk pekerja di Lembah Klang semasa Sidang Kemuncak Asean akan datang kerana jalan raya mungkin ditutup ketika ketibaan tetamu kenamaan.
Khamis lalu Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan dilaporkan berkata Jemaah Menteri juga akan membincangkan sekolah yang…