Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPM mahu jumpa ibu bapa pelajar ditampar jurulatih

today2 January 2023

Background



Semalam tular video jurulatih menampar pemain perempuan dalam kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor bulan lalu.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap jurulatih yang bertindak menampar pemainnya sekiranya didapati bersalah.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius terhadap satu video yang tular di media sosial semalam dan akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib.

Dalam masa sama, KPM berkata, satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa pelajar yang terlibat akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan tersebut.

“KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,” kata kenyataan itu.

KPM juga berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis jika ada laporan dibuat mengenai insiden tersebut.

Semalam, tular video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post