Menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM, imej tersebut dapat ditemui melalui Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikeluarkan KPM hari ini.
“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.
“Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan,” kata kenyataan itu.
