Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPM pertimbang longgar syarat pertukaran guru

today4 December 2024

Background


Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam majlis pecah tanah untuk membina dua sekolah rendah awam di Bandar Gamuda Cove.

SEPANG: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia pertimbang melonggarkan syarat permohonan pertukaran guru dalam usaha menjaga kebajikan golongan terbabit.

Ketika ini KPM menetapkan guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan.

Menteri Fadhlina Sidek berkata, isu kebajikan guru sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

“Pertimbangan itu sentiasa ada, sebab itu dalam jawapan kita di Parlimen…penegasan-penegasan kita, isu kebajikan guru itu menjadi keutamaan.

“Jadi yang disebut oleh NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia) itu (longgar syarat pertukaran guru) adalah selari dengan apa sedang kita laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar kita khusus berkaitan isu tersebut,” katanya selepas majlis pecah tanah untuk membina dua sekolah rendah awam di Bandar Gamuda Cove.

Terdahulu, FMT melaporkan NUTP menggesa KPM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post