
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluaskan penawaran mata pelajaran tambahan di sekolah kebangsaan (SK) bagi menarik minat pelajar.
Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, berkata KPM telah menawarkan mata pelajaran tambahan di SK, iaitu bahasa Cina komunikasi, bahasa Tamil komunikasi dan bahasa Arab komunikasi bagi menjadikannya sebagai sekolah pilihan masyarakat.
Katanya, kementerian akan terus memperkasa sekolah kebangsaan melalui inisiatif yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
“KPM sentiasa berusaha untuk memperkasakan SK dengan menyediakan infrastruktur lengkap dan berkualiti, mengupayakan pemimpin dan guru yang cekap, kompeten dan berkualiti, serta memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran membaca, menulis…