
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
KPM memaklumkan, data itu akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran melanjutkan pengajian yang tertakluk kepada kelayakan calon dan kekosongan program.
“KPM mengambil serius isu calon lepasan SPM yang tercicir markah PAJSK,” katanya dalam kenyataan.
“Tindakan segera telah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir.”
Kementerian juga sedang menyiasat perkara berbangkit itu dengan terperinci dan melaksanakan langkah intervensi bagi menyelesaikannya agar isu sama tidak berulang.
Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin…