Hot FM

KPM terus libat urus pengusaha tadika, ibu bapa perjelas isu murid Tahun 1


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 adalah bersifat pilihan dan bukan mandatori. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:

Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta serta ibu bapa bagi memberikan penjelasan perkara berbangkit berhubung kemasukan murid Tahun 1 pada usia enam tahun.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sentiasa terbuka menerima pandangan dibangkitkan oleh mana-mana pihak termasuk pengusaha tadika swasta yang dilaporkan belum berpuas hati dengan beberapa aspek dasar berkenaan.

Beliau berkata, jika masih terdapat isu belum diselesaikan, KPM tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sesi libat urus susulan bagi memastikan setiap persoalan dapat diperjelaskan.

“Kita sangat prihatin kepada semua isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus yang telah berlangsung. Jika masih terdapat isu berbangkit kita akan adakan sesi itu lagi,” katanya kepada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version