PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan pasukan khas untuk menyelaras semula sistem pendidikan prasekolah bagi mempercepat reformasi pendidikan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM mahu memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta sukatan pelajaran dapat diselaraskan bawah kementerian.
“Agenda kita adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu prasekolah dapat kita selaraskan semuanya bawah KPM, sebab itu baru-baru ini, mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas khas sudah berlangsung bagi membincangkannya.”
“Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa perkembangan yang berlaku dan dijayakan dalam konteks prasekolah ini,” katanya kepada pemberita selepas sebuah majlis di Nibong Tebal hari ini, lapor Bernama.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil…