
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat (AS) dibatalkan segera, selepas beliau mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua”.
Bruce Gilley, profesor sains politik di Portland State University, menyampaikan ceramah bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power” di Universiti Malaya (UM) petang semalam – di mana beliau juga memperkecilkan hubungan Malaysia dengan AS.
Susulan itu, Menteri Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan berkata pihaknya sudah meminta UM menyiasat perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.
Beliau menegaskan walaupun institut pengajian tinggi diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi ia tidak bermakna…