Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mangsa terbela, pihak KPT telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
“Kami menyediakan klinik bergerak menerusi Konsortium Hospital Universiti Awam (KHUAM) bagi memberi rawatan kecemasan, pemeriksaan kesihatan serta sokongan perubatan kepada mereka yang memerlukan perhatian segera,” katanya.
Turut membantu, Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) hadir sebagai organisasi yang memastikan proses pemulihan berjalan lancar di samping membantu mangsa insiden berkenaan.
