

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan langkah meneliti dan menyusun semula syarikat pegangan universiti awam sejak tahun lepas, termasuk UiTM Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan syarikat pegangan universiti dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menyumbang kepada institusi masing-masing, khususnya selepas kerajaan tidak lagi menanggung sepenuhnya keperluan kewangan universiti sejak 2017.
“Kita telah meminta supaya dilihat keseluruhan holdings di universiti. Sejak tahun lepas, saya telah meminta supaya kita melihat bagaimana hendak merombak kembali kedudukan syarikat-syarikat pegangan yang ada di universiti.
“Apa yang kita dapati, ada juga holdings yang tidak berfungsi dengan begitu baik. Itu…