Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPT teliti semula syarikat pegangan universiti termasuk UiTM Holdings

today27 September 2026

Background


Zambry Abd Kadir
Zambry Abdul Kadir berkata satu pasukan turut diwujudkan untuk melihat secara menyeluruh usaha memperkasakan universiti termasuk aspek berkaitan syarikat pegangannya. (Gambar Facebook)
ASTANA:

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan langkah meneliti dan menyusun semula syarikat pegangan universiti awam sejak tahun lepas, termasuk UiTM Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan syarikat pegangan universiti dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menyumbang kepada institusi masing-masing, khususnya selepas kerajaan tidak lagi menanggung sepenuhnya keperluan kewangan universiti sejak 2017.

“Kita telah meminta supaya dilihat keseluruhan holdings di universiti. Sejak tahun lepas, saya telah meminta supaya kita melihat bagaimana hendak merombak kembali kedudukan syarikat-syarikat pegangan yang ada di universiti.

“Apa yang kita dapati, ada juga holdings yang tidak berfungsi dengan begitu baik. Itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Nicol bangga pencapaian Eain Yow, Sivasangari layak ke Olimpik

Kuala Lumpur: Legenda skuasy, Datuk Nicol David, selama ini menjadi duta global sukan berkenaan dan antara penggerak utama usaha membawa skuasy ke pentas Olimpik, justeru ia sesuatu yang adil apabila rakyat Malaysia, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari menjadi pemain pertama sukan itu yang layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

today27 September 2026