
SANDAKAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti untuk meningkatkan jumlah kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Sabah.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud berkata, bidang-bidang berkenaan semakin berkembang di negeri ini, justeru membolehkan kursus berkaitan ditawarkan.
“Tawaran itu (kursus pelancongan, minyak dan gas serta TVET) dibuat oleh universiti atau politeknik sendiri dan kena melihat keperluan setempat,” katanya selepas melawat Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan (KKS).
“Tetapi kita (kementerian) melihat daripada segi pelancongan Sabah yang semakin naik dan kita ada kajian baharu supaya boleh menawarkan kursus berkaitan pelancongan, minyak dan gas serta TVET di Sabah…