
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menubuhkan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional sebagai usaha mendepani pelbagai krisis, cabaran dan tuntutan baharu, kata menterinya Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, jawatankuasa itu, yang merupakan antara 11 azam dan fokus kementerian tersebut bawah pimpinannya, mempunyai masa tiga bulan untuk mengemukakan dapatannya.
“Sebahagian besar (dapatan tersebut) mestilah bersifat saranan penambahbaikan yang diperlukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 di kementeriannya.
Khaled juga berazam untuk memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan, termasuk pemberian pendidikan percuma.
“Sudah sampai masanya kita menggunakan pendidikan percuma untuk menamatkan kemiskinan. Kemiskinan mesti dibasmi dengan ilmu dan…