Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

KPWKM akan susun senarai pesalah keganasan rumah tangga

today29 April 2026

Background


Sidang Media Khas Mengenai Keganasan Rumah Tangga
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata, 5,507 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada 2023; 7,116 kes pada 2024; dan 7,391 kes tahun lepas.
KUALA LUMPUR:

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan menghubungi kementerian dan agensi lain untuk mendapatkan senarai pesalah keganasan rumah tangga.

“Kami tiada rekod mengenai pesalah berulang dan mangsa. Mungkin (kementerian dan agensi lain) ada senarai pesalah tersebut tetapi tidak dapat dedahkan maklumat itu.

“Kami akan buat permohonan (bagi mendapatkan akses untuk mewujudkan rekod sendiri) untuk lebih banyak bantu golongan wanita,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Terdahulu hari ini, Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah berkata, seorang lelaki yang ditahan kerana didakwa memukul isterinya sehingga keguguran dipercayai sengaja mengahwini penjawat awam disebabkan pekerjaan dan pendapatan mereka…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Minderjeet Kaur


Previous post

Sukan

Queenie intai rekod kebangsaan di Mokpo

Kuala Lumpur: Jaguh lempar cakera wanita negara Queenie Ting Kung Ni meletakkan sasaran untuk mengekalkan konsistensi balingan melebihi 50 meter (m) pada Kejohanan Melontar Asia 2026, yang dijadualkan berlangsung di Mokpo, Korea Selatan pada 2 hingga 3 Mei ini.

today29 April 2026