

Sistem bekalan elektrik negara kekal stabil dan terjamin walaupun berlaku ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk penutupan laluan Teluk Hormuz oleh Iran awal bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata perkembangan itu setakat ini tidak menjejaskan tahap ketersediaan bekalan elektrik negara.
Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata sistem penjanaan elektrik di Semenanjung menggunakan sekitar 40% hingga 45% gas asli sebagai bahan api utama.

Katanya, sebahagian besar bekalan gas tersebut diperoleh daripada sumber domestik di Kerteh serta kawasan pembangunan bersama Thailand–Malaysia Joint Development Area (JDA).
“Sehubungan itu, bekalan gas dalam negara pada masa ini adalah stabil dan mencukupi untuk…