Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Krisis diraja: Segerakan prosiding mahkamah, henti polemik terbuka, gesa Syed Hamid Albar

today23 September 2026

Background


Syed Hamid Albar gesa semua pihak elak keluar kenyataan terbuka yang bercanggah kerana boleh tambah kegusaran serta sukarkan usaha cari penyelesaian secara munasabah dan rasional.
KUALA LUMPUR:

Prosiding mahkamah berkaitan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan wajar dipercepat bagi membolehkan persoalan undang-undang diselesaikan secara muktamad, kata bekas menteri undang-undang Syed Hamid Albar.

Beliau berkata, isu yang turut melibatkan adat, undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan menerusi saluran undang-undang, bukannya perdebatan terbuka atau sentimen.

“Apabila satu pihak mengatakan mereka mempunyai hak dan pihak lain juga mengatakan perkara sama, bermakna wujud pertikaian yang perlu diputuskan.

“Mahkamah perlu mempercepat apa juga pendengaran yang diperlukan bagi merumuskan persoalan undang-undang itu,” katanya yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan menteri luar hari ini.

Beliau berkata, pihak yang mempunyai bidang kuasa,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post