

Krisis perlembagaan yang berterusan di Negeri Sembilan telah menjejaskan fungsi pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu, kata seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Cha Kee Chin (PH-Rasah) berkata tujuh PBT tidak mengadakan mesyuarat sejak tiga bulan lalu kerana ahli majlis masing-masing masih belum dilantik.
Ahli Parlimen DAP itu bertanya sama ada PBT berkenaan akan terus menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebanyak RM689 juta pada tahun depan bagi projek-projek kecil.
“Tiada ahli majlis, tiada exco, dan menteri besar mungkin ada, mungkin tiada. Kita pun tak tahu.
“Rakyat juga tertanya-tanya. Oleh itu, saya ingin bertanya sama ada PBT ini masih akan menerima peruntukan daripada kementerian.
“Ada keperluan perkara ini…