Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Krisis Timur Tengah: Malaysia sedia evakuasi pelajar jika perlu

today8 March 2026

Background


Adam Adli
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim berkata, KPT bersama Kementerian Luar sentiasa pantau rapat keadaan di negara Timur Tengah yang terlibat krisis agar keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.
MELAKA:

Kerajaan bersedia mengaktifkan pelan evakuasi bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah sekiranya situasi semasa di rantau berkenaan memerlukan tindakan segera.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim berkata, pelan tersebut telahpun disediakan lebih awal dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa bergantung kepada perkembangan semasa.

Katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Kementerian Luar melalui Wisma Putra sentiasa memantau rapat keadaan di negara terlibat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk pelajar, sentiasa terjamin.

“Pelajar Malaysia yang berada di negara berkenaan juga telah dikenal pasti serta dihubungi melalui wakil Malaysia di luar negara bagi memberi nasihat dan panduan sekiranya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post